Wednesday 9 May 2012

Doa Buat Kekasih...

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih


p/s : Mood ke langit..perasaan skg rasa nak p terbang jauh2..nak p holiday... :(

Thursday 12 April 2012

Carilah Untukmu Seorang Imam...

 

"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "

" Maybe kot. Try search kat google.." " Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.." " Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.." Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan. Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing. Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam. Apa peranan imam dalam solat? Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud. Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah? Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya. Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup. Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya. Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya. Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.  

 

PERKAHWINAN

 

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.

Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut. Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua. Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu. Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu. " Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! " Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab. Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami? Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya? Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

 

MENCARI SEORANG IMAM

 

Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan. Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik. Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh. Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah. Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam. Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam. Saya geleng kepala. Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. Pun begitu, saya suka mencadangkan. Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang. Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang. Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.  

 

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

 

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah. Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan. Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya. Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak. Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan. Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

 

ASALKAN DIA BAIK ?

 

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik. Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak. Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah? Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat. Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama. Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam. Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu. Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia. Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana? Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

 

" Ya Allah,Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Aku bermohon dengan kemurahan rahmat dan kasih sayangMu, Bukakanlah untuk ku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan,pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, " Amin

Friday 6 April 2012

Jangan bersedih...ingat lah ALLAH..

SHARING IS CARING....

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Bismillahirrahmanirrahim...


Mata, telinga, mulut, hidung, kaki, tangan dan sebagainya; Harta yang melimpah ruah. Apa lagi yang kurang? Renungkanlah! Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup belaka. Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus kita berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik! Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil, sahabatku sekalian. Demikian juga apabila dirimu yang ditimpa musibah kesedihan, kau hiburkanlah hatimu yang berduka itu dengan bait-bait ayat-ayatNya yang Maha Suci dan Sempurna. Kau renungi sirah Baginda Muhammad Sallallahu’alaihi wassalam yang mulia, kau perah segala ‘ibrah yang terdapat di dalam jalan hidupnya, kerana Demi ALLAH berat lagi ujian dan bebanan yang terpikul ke atas bahu Baginda. Tentu kau ingat akan kesedihan Baginda ditinggalkan oleh isteri kesayangan Baginda dan juga bapa saudaranya yang tercinta buat selama-lamanya? Juga tidak mungkin kau terlupa akan pemulauan dan ejekan keluarga dan kaum Baginda terhadap Baginda sendiri. Pujukilah hatimu dengan kalimah-kalimah yang menggembirakan hatimu. Sepertimana kau juga memberikan semangat semula kepada mereka yang bersedih di sekelilingmu. Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah. Sesungguhnya tidak datang kesedihan itu melainkan suatu ujian bagimu. Ingatlah, siapa yang sentiasa di sisimu untuk mengabulkan doa? Siapa yang sudi menerimamu kembali setelah kau datang kepada-Nya dengan banjaran dosa-dosamu? Siapa yang memberikan ketenangan dan kesenangan setelah kau diuji? Siapa yang masih mahu memberikan nikmat kepadamu kadangkala tanpa kau memintanya? Tuhan adalah jawapan kepada segalanya. Kembalilah kepada ALLAH Tuhanmu.


" Ya Allah,Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Aku bermohon dengan kemurahan rahmat dan kasih sayangMu, Bukakanlah untuk ku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan,pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, " Amin

Thursday 5 April 2012

Kegagalan Mengajar Kejayaan....

Kegagalan itu ada banyak jenis. Contohnya, orang gagal dalam percintaan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam hidup dan banyak lagi.
Anda perlulah berani dan kuat hati untuk meneruskan hidup dengan mempunyai impian, azam dan matlamat yang jelas. Sekiranya anda tak berani maka ia sudah memberi ‘petanda’ hati kita memerlukan ‘motivasi’ dan ‘inspirasi’ dalam menjadikannya lebih cekal berdepan kegetiran hidup.
Kegagalan dalam hidup bererti seseorang selalu merasa gagal dalam mencapai segala sesuatu. Padahal, sebenarya kegagalan itu tidak ada kerana anda terus berjuang dan mencari cara yang lebih baik untuk mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan sebuah kesalahan hidup yang dilakukan manusia itu sendiri.
Contoh seperti Thomas Alva Edison dalam usahanya mencipta lampu dengan 999 kali percubaan. Dalam hidup ini tak semestinya kita berjaya saja.. ada masa kita gagal dan sepatutnya dengan kegagalan itu diambil iktibar dan pengajaran darinya. Sehingga pada suatu saat Thomas Alva Edison, pencipta lampu itu mengatakan : "Saya tidak pernah menemui kegagalan dalam 10000x percubaan saya mencipta lampu, yang saya temui adalah 10000 bahan itu tidak sesuai untuk dijadikan lampu" disini dari kegagalan kita belajar sesuatu.
Beliau juga pernah ditanya "Anda sudah mengalami ratusan kegagalan, apakah anda tidak bosan dengan kegagalan-kegagalan yang anda alami?" Thomas pun memberikan jawaban dengan lantang, "Justru dengan kegagalan-kegagalan itu, saya akan mengetahui ribuan cara agar lampu tidak menyala."
Gagal bukan bererti kalah,Gagal bukan bererti gagal selamanya,Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan. Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas.Kegagalan mematang dan mendewasakan kita Kegagalan juga mengajar kita berdiri di kaki sendiri.
Jangan takut pada kegagalan kerana dari kegagalan maka datangnya kejayaan, belajar sesuatu dari kegagalan, insyallah kejayaan akan datang.


Wednesday 4 April 2012

Bahasa isteri yang perlu difahami suami...


Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.
Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.
Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.
iasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.
Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.
Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1. Waktu merajuk


 Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Tiba-tiba tak mahu bercakap
Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu
Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf
2
Tiba-tiba marahkan suami
Dia cemburu dengan tindakan suami
Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu
3
Tiba-tiba menangis
Dia sakit hati dengan tindakan suami
Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.
4
Tidak mahu memberi khidmat
Dia sungguh kecewa dengan sikap suami
Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir


Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.
 2. Waktu gembira

 Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Dia sudah rajin masak
Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya
Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya
2
Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami
Dia puas hati dengan tindakan suami
Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu
3
Dia siap untuk tidur awal
Dia sudah akur dengan kehendak suami
Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri
4
Dia bercakap dengan nada manja
Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga
Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.
 3. Waktu benci

 Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Kehendak suami tidak dilayan
Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk
Baiki kesilapan bukan mempertahankannya
2
Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik
Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik
Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan
3
Makan tidak selera
Dia mahu simpati daripada suaminya
Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat
4
Tidur seorang diri
Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya
Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

 Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh
4. Waktu mengharap

 Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Muka masam
Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan
Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya
2
Meminta maaf sambil menangis
Dia benar-benar insaf
Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu
3
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
Dia hendak meminta suami membelinya
Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

 

Renungan bersama......

Sekadar renungan bersama..Cute Icon & Emoticon
da lama sebenarnya email ni dari Kelab Agama & Kerohanian ofc sy..
tapi sampai skg benda neh meninggalkan kesan kepada diri sy..
sentiasa mengingati diri sy supaya belajar untuk berkata cukup..Cute Icon & Emoticon
Selamat membaca..Cute Icon & Emoticon



sekadar ingin berkongsi..
dari seorang teman utk tenungan kita bersama..
ke arah menjadi hamba ALLAH yg lebih baik, insyaALLAH..
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.
Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
 
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hamper kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?
 
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?
 
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan? Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.
 
Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.
 
Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?
 
Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.
 
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!
 
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar!
 
Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.
 
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
 
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
 
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.
 
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.
Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
 
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
 
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....cici


Monday 13 February 2012

Langkawi punya citer lah...

Selamat pagi selasa...ehem..da seminggu aku membiarkan blog aku neh sunyi sepi tanpa pape update..bukannya ape..aku sebenarnya baru balik dari Langkawi ahad yg lepas..Bukan jalan semata2 ye tapi ada keje yang perlu dilaksanakan..shopping dan jalan2 tuh termasuk dalam itenary sekali la..da sampai sana kan,,rugi x jalan2 plak ye..owh ye..sebelum tuh lupa nak gtau, wakil dari Matrade Penang 2 org..saya dan isz..dan dari Matrade KL,ada 6 orang..termasuk Puan Rusiah, bos Tasu Unit..
naik AA ker Langkawi dari Penang..Kalau naik MAS kena transit ke KL dulu..xde terus ke Langkawi ye..;)

Setibanya kami ke sana, rombongan dari HQ da sampai 1 jam awal dari kami..jadi nye, depa lah ambik kami di airport..Masa sampai tuh, terus singgah makan jap sebelum ke Hotel. xpayah cakap la tahap kelaparan mcm mane kan..da kuar semua2 lagu dah..hehehe...
suasana di Airport Langkawi..

Selepas makan, kami pon bergegas la ke hotel untuk hantar beg, siap2 sume utk ke Baron de resort sebab ada meeting bersama Agensi MITI bagi membincangkan tentang pembahagian tugas pada  10 & 11 februari tersebut..

fave hotel..sebenarnya hotel neh baru 2 bulan beroperasi..not bad..suka sgt kat hotel neh sebab tema nya purple.dari langsir, cadar, cecair sabun mandi, wallpaper pic semuanya purple..Chantek sgt..sangat rekemen hotel neh..harga nya pon murah..semalam RM170 (gov rate)..lokasi dekat pantai cenang. ;)

@ de baron resort..

meeting bersama ageni MITI...tgh kusyuk tuh..ehehe..

Selepas selesai semua perbincangan, kami dibawa melawat ke kawasan infobooth utk keesokan hari nya.. Sehinggan jam 7, kami pun terus mencari tempat utk mengisi perut yg sudah kelaparan tuh..cadang nya nak p makan laksa,,tapi pusing2 xde plak yg menarik..terus ke padang matsirat makan kedai tomyam saje..kap pun kap.x kisah ler.asalkan peut x lapar lagi..hehhee..lepas makan terus balek hotel sebab mata dah mengantuk ler.esok kena bangun awai2 pagi ye...
sementara menunggu makanan sampai..hp dan saya mmg tdk dapat dipisahkan..ehhee..


suasana pagi semasa breakfast...Morning Langkawi.. ;)

dalam perjalanan ke tapak info booth di @ de baron resort..

tapak infobooth matrade yg seciput itu..ok lah dari xde kan..hehehe....:)

Kehadiran Menteri kesayangan kami, Tok' Pa @ dewan de baron resort, Langkawi....

Tok' Pa bersama ADUN Langkawi dan pekan Kuah di Program MITI de Langkawi...

Press Conference...

To be CONTINUE.......